Pages

Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

SPM WEEK 3 [ FINAL WEEK ] :D

Chemistry:
Subject yang paling tidak di minati sekali selepas addmaths. Tapi nak tak nak kena tempuh jugak.
Paper 1 memang cukup-cukup masa. Nak dekat soalan-soalan hujung dah panic, so tak boleh nak fikir dengan warasnya, jawapan mana yang patut dihitamkan. Grrrr. Tak pasal-pasal buat careless mistakes.
Paper 2 tak sangka tak sesusah yang difikirkan. Bukanla senang. Tapi tak sepecah kepala masa exam trial lepas.
Paper 3 senang tak senang. susah tak susah. Just okay.
Overall, harapnya la dapat A-. Memang besar rahmat la. Sebelum ni, memang tak pernah dapat A nya. A+ apatah lagi. But, I have tried my vey best, so....:)

Biology:
My favourite subject.hihi
Paper 1 senang tapi ada jugak kesilapan yang seharusnnya dielakkan tapi tetap dilakukan
Paper 2 section A senang tapi section B susah
Paper 3 boleh tahan la
Overall, Biology tidaklah sepressure chemistry and add maths. Tapi takdelah terlalu yakin sangat dapat A+ nye.
.

Thursday, December 2, 2010

SPM WEEK 2

Mathematics:
Paper 1 just okay but tak cukup masa nak semak. Mungkin sebab Z ni lambat sangat kira or memang masa tak cukup.
Paper 2 not that difficult. Conclusionnya, maths tak la terlalu pressure sangat.

Pendidikan Agama Islam:
Paper 1 senang. Tapi jawapan ada yang agak meng"confuse"kan.
Paper 2 susah. Boleh pulak keluar beri makna ayat. Ish3. Selama ni tak pernah pun hafal makna ayat. Tup tup keluar pulak soalan macam tu. Then, tajwid, lain yang Z revise, lain yang keluar. Pelik-pelik je tajwidnya. Most of the questions, mintak pengjaran ayat.

Additional Mathematics:
Uwahahahahaha.Grrrrrrrr. Kenapa wujudnya subjek ni. I dont need it in my life!
Paper 1 ada yang senang, senang sangat. Ada yang susah, susah sangat. Jawab tu bolehla, tapi betul ke tak, tak tau la.
Paper 2 section A wajib jawab semua. Ada la sangkut kat 2, 3 soalan. Section B pun macam tu jugak. Section C je yang senang. Hopefully dapatla A- nya. Harapan la nak dapat A+. If dapat, memang buat kenduri 30 malam. Hahaha.

Physcis:
Paper 1 Soalan form 4 je yang ok. Soalan form 5 agak memeningkan. Tapi overall, tak susah sangat
Paper 2 agak mencabar. Ada je tajuk yang tak disangka-sangka keluar
Paper 3 boleh tahan la. Cuma nak baca reading tu je membuatkan mata hampir juling. If salah reading, memang hancusla. Experiment pun tak susah. Mirip soalan SPM 2009.

p/s: Now, ada 3 days break. So, kena struggle tahap dewa for CHEMISTRY and BIOLOGY. The last 2 subjects and then MERDEKA. :)